Wednesday, 13 February 2013
YAYASAN DARUL FURQAN
Yayasan Darul Furqan DIASASKAN oleh Tuan Haji Mohd Zaini Bin Shafiai pada hujung tahun 2012 dan dibuka secara rasmi pada tahun 2013 dialamat di No 80 Persiaran Sri Tambun 10, Taman Sri Tambun.
Yayasan Darul Furqan MERUPAKAN
• Badan induk yang bertanggungjawab kepada pengurusan Pondok Darul Furqan.
• Menyediakan dana bagi membantu pengajian pelajar dalam jurusan yang berkaitan dalam
Al Quran
• Menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kemajuan ekonomi dan keusahawanan dalam kalangan umat Islam,dan
• Merealisasikan kelangsungan Sistem Pengajian Al Quran dan Sistem Pondok.
Yayasan Darul Furqan ini juga ditubuhkan dengan VISI untuk
MELAHIRKAN GENERASI AL-QURAN YANG MENGUASAI ILMU DAN EKONOMI.
Seiring dengan itu Yayasan Darul Furqan juga akan melaksanakan MISI dengan
• Mewujud dan melaksankan program pengajian berteraskan Al-Quran diperingkat pengajian tinggi dan pondok
• Menyediakan bantuan kewangan ,kemudahan serta melatihan Rakyat Negeri Perak khasnya, dan Malaysia amnya, dalam mencapai kemajuan ekonomi dan keusahawanan.
Pusat Pengajian Tahfiz Darul Furqan ini diadakan bagi mencari keredhaan Allah dalam usaha melahirkan Generasi Al Quran dengan OBJEKTIF jangka pendeknya:
• Melatih dan membimbing anak anak yang berusia 8 tahun dapat menghafaz Al Quran keseluruhannya pada usia 12 tahun.
• Mengenal Al Quran melalui pendekatan ILMU QIRAAT, RESM UTHMANI , dan ilmu yang berkaitan dengan penulisan Al Quran.
• Mempunyai Mushaf Al Quran dengan tulisan tangan sendiri pada usia 12 tahun
• Mempunyai Sanad Bacaan Al Quran seawal usia 12 tahun.
SYARAT KEMASUKAN
• Berusia 8 tahun @ 9 tahun
• Boleh membaca Al Quran
• Boleh menulis dan menyalin Al Quran.
SUBJEK
• Hifzul Al Quran
• Ilmu Qiraat
• Penulisan Resm Uthmani
• Ilmu Tajwid
• Ilmu Tarannum Al Quran
• Ilmu Fardhu Ain
MASA PENGAJIAN
Bermula 3.00 PM-6.00PM
( Isnin –Jumaat)
Subscribe to:
Posts (Atom)